Disebabkan keunikan sheng yang boleh menghasilkan lebih dari satu not dalam masa yang sama, sheng boleh dipersembahkan secara solo, ensembel dan juga sebagai alat muzik pengiring.
Semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-907), persembahan orkestra alat muzik tradisional dimainkan dalam upacara istana. Salah satu alat muzik tradisional pada masa itu ialah sheng. Dalam lingkungan masa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911), sheng mula dimainkan di kalangan rakyat bersama dengan alat muzik tradisional yang lain secara ensembel dan juga sebagai muzik pengiring dalam opera Cina seperti kunqu opera (salah satu bentuk opera Cina yang tertua di China) .Peranan sheng yang lain adalah mengiringi pemain solo alat instrumen seperti suona dan dizi.
Menurut Jones dalam bukunya Ritual & Music of North China: Shawn Bands in Shanxi (2007), sheng didapati memainkan peranan yang penting dalam muzik upacara ritual dan juga upacara keagamaan di bahagian utara China. Selain dari itu, sheng juga dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel tiupan dan ensembel perkusi yang terdapat di bahagian utara China.
Dengan berkembangnya guoyue (muzik kebangsaan --- sejenis muzik tradisional Cina yang telah dimodenisasikan dan dipersembahkan melalui orkestra muzik tradisional Cina) dalam pertengahan abad ke 20, berlakunya perubahan ke atas alat sheng untuk menambah renj dan kelantangan bunyinya. Ini merupakan titik permulaan bagi perkembangan karya-karya instrumental solo dalam sheng dan juga lahirnya pemain-pemain sheng yang bertaraf profesional di negara China dan antarabangsa.

No comments:
Post a Comment