Welcome

^^Selamat datang ke blog Sheng The Mouth Organ...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.^^

Monday, September 13, 2010

Keunikan Sheng

Berdasarkan pembinaannya, sheng merupakan satu-satu alat muzik tradisional yang unik dimana enam notasi boleh dimainkan serentak secara harmoni. Oleh kerana itu sheng sering dipanggil "chinese mouth organ" oleh orang barat.

Bunyi sheng dihasilkan secara alternatif dengan meniup (blowing) dan menyedut (inhaling) udara melalui tiub logam sehingga  ke ruang angin (wind-box) dan kemudian baru ke paip-paip yang lain.

Sheng mengandungi 17 atau lebih (sehingga 36) batang-batang buluh yang tidak sama panjang dan diikat bersama secara lingkaran. Kesemua batang buluh akan  disusunkan ke dalam dasar berbentuk selinder yang berupa labu iaitu ruang angin (wind-box) . Ruang angin ini  diperbuat daripada logam.  Paip-paip daripada tembaga ditambah ke atas pada batang buluh  untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu paip mempunyai satu pelidah (reed-tongue)yang diperbuat daripada tembaga, terletak di hujung berhampiran dengan ruang angin.

Apabila udara ditup melalui pelidah (reed-tongue), getaran pada pelidah akan menyebabakan setiap paip bergema. Di atas ruang angin (wind-box), terdapat lubang-lubang kecil (finger holes). Apabila lubang -lubang kecil dibiarkan tanpa menutupnya, bunyi bergema akan berhenti. Bunyi bergema akan diteruskan sekiranya pemain menutup lubang-lubang dengan menggunakan jarinya. Ini bermaksud, pemain akan menentukan notasi yang akan dibunyi dengan membiarkan udara menerusi paip yang dipilih dengan menutup lubang-lubang (finger holes)  yang dipilih. Pemain sheng boleh memilih satu paip untuk satu notasi atau beberapa paip untuk menghasilkan beberapa bunyi secara serentak dalam bentuk kord atau harmoni(not pertama ditambah not kelima dan not kelapan ke atas).




No comments:

Post a Comment