Welcome

^^Selamat datang ke blog Sheng The Mouth Organ...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.^^

Friday, September 17, 2010

Peranan Sheng Di Malaysia

Di Malaysia, sheng kurang mendapat perhatian di kalangan kaum Cina. Tidak seperti erhu dan guzheng, kedua-dua alat muzik tersebut boleh dipelajari melalui guru muzik swasta. Bagi sheng, boleh dikatakan majoriti diajar dalam orkestra Cina. Di Malaysia, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan banyak menubuhkan orkestra Cina. Pelajar-pelajar mempelajari pelbagai alat muzik tradisional menerusi jurulatih khas. Kebanyakan lagu yang dimainkan berasal dari negara China dan sebilangan kecil adalah hasil gubahan tempatan.


Menurut Minni K. Ang, "There is no lack of virtuoso performers in the Chinese classical tradition in Malaysia. Advanced training is however not presently available with most Malaysian virtuoso musicians obtaining their advanced training either in China or Singapore."(An Introduction to Malaysian Music,2002). Ini menunjukkan di Malaysia tidak terdapat pusat latihan lanjutan dalam permainan alat muzik tradisional Cina. Begitu juga dengan alat muzik sheng.


Video Klik di bawah memberi gambaran terhadap pembelajaran sheng dalam orkestra Cina di sekolah sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum.


      






Thursday, September 16, 2010

Peranan Sheng Di China

Disebabkan keunikan sheng yang boleh menghasilkan lebih dari satu not dalam masa yang sama, sheng boleh dipersembahkan secara solo, ensembel dan juga sebagai alat muzik pengiring.

Semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-907), persembahan orkestra alat muzik tradisional dimainkan dalam upacara istana. Salah satu alat muzik tradisional pada masa itu ialah sheng. Dalam lingkungan masa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911), sheng mula dimainkan di kalangan rakyat bersama dengan  alat muzik tradisional yang lain secara ensembel dan juga sebagai muzik pengiring dalam opera Cina  seperti kunqu opera (salah satu bentuk opera Cina yang tertua di China) .Peranan sheng yang lain adalah mengiringi pemain solo alat instrumen seperti suona dan dizi.

Menurut Jones dalam bukunya Ritual & Music of North China: Shawn Bands in Shanxi (2007), sheng didapati memainkan peranan yang penting dalam muzik upacara ritual dan juga upacara keagamaan di bahagian utara China. Selain dari itu, sheng juga dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel tiupan dan ensembel perkusi  yang terdapat di bahagian utara China.

Dengan berkembangnya guoyue  (muzik kebangsaan --- sejenis muzik tradisional Cina yang telah dimodenisasikan dan dipersembahkan melalui orkestra  muzik tradisional Cina) dalam pertengahan abad ke 20, berlakunya perubahan ke atas alat sheng untuk menambah renj dan kelantangan bunyinya. Ini merupakan titik permulaan bagi perkembangan karya-karya instrumental solo dalam sheng dan juga lahirnya pemain-pemain sheng yang bertaraf profesional di negara China dan antarabangsa.



Monday, September 13, 2010

Jenis-jenis Sheng

Menurut wikipedia, sheng boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tradisional sheng dan keyed sheng ( hanya diperkembangkan dalam abad ke 20, semenjak 1950 ke atas).

Perbezaan yang paling ketara adalah:

1) Untuk tradisional sheng, lubang-lubang penjarian di atas paip akan ditekan secara terus
oleh jari-jari pemain sheng tersebut.

2) Untuk keyed sheng, lubang-lubang ditutup dan dibuka dengan menggunakan kekunci. Tanpa kekunci, jumlah bilangan paip yang banyak dan juga saiz paip yang besar adalah tidak praktikal dioperasi dengan tangan.



                          gao yin sheng (soprano sheng)





zhong yin sheng (alto sheng)
muka depan
muka belakang










                                  


                            di yin bao sheng (bass sheng)

Keunikan Sheng

Berdasarkan pembinaannya, sheng merupakan satu-satu alat muzik tradisional yang unik dimana enam notasi boleh dimainkan serentak secara harmoni. Oleh kerana itu sheng sering dipanggil "chinese mouth organ" oleh orang barat.

Bunyi sheng dihasilkan secara alternatif dengan meniup (blowing) dan menyedut (inhaling) udara melalui tiub logam sehingga  ke ruang angin (wind-box) dan kemudian baru ke paip-paip yang lain.

Sheng mengandungi 17 atau lebih (sehingga 36) batang-batang buluh yang tidak sama panjang dan diikat bersama secara lingkaran. Kesemua batang buluh akan  disusunkan ke dalam dasar berbentuk selinder yang berupa labu iaitu ruang angin (wind-box) . Ruang angin ini  diperbuat daripada logam.  Paip-paip daripada tembaga ditambah ke atas pada batang buluh  untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu paip mempunyai satu pelidah (reed-tongue)yang diperbuat daripada tembaga, terletak di hujung berhampiran dengan ruang angin.

Apabila udara ditup melalui pelidah (reed-tongue), getaran pada pelidah akan menyebabakan setiap paip bergema. Di atas ruang angin (wind-box), terdapat lubang-lubang kecil (finger holes). Apabila lubang -lubang kecil dibiarkan tanpa menutupnya, bunyi bergema akan berhenti. Bunyi bergema akan diteruskan sekiranya pemain menutup lubang-lubang dengan menggunakan jarinya. Ini bermaksud, pemain akan menentukan notasi yang akan dibunyi dengan membiarkan udara menerusi paip yang dipilih dengan menutup lubang-lubang (finger holes)  yang dipilih. Pemain sheng boleh memilih satu paip untuk satu notasi atau beberapa paip untuk menghasilkan beberapa bunyi secara serentak dalam bentuk kord atau harmoni(not pertama ditambah not kelima dan not kelapan ke atas).




Tuesday, September 07, 2010

Pengenalan

Sheng merupakan salah satu alat muzik tradisional Cina yang paling kuno di Negara China. Menurut The Encyclopedia of Music Instruments of the Orchestra and the Great Composers (2004), sheng wujud semasa di bawah pemerintahan dinasti Zhou (1122 - 221 sebelum masehi). Sejarah telah membuktikan kewujudan sheng lebih daripada 3000 tahun dahulu.

Alat muzik ini bukan sahaja popular di negara China, malah juga dapat dijumpai di seluruh Asia. Sheng yang terdapat di Korea (saeng), Jepun (sho) ataupun di Asia Tenggara, semua adalah berasal dari negara China.

Sheng merupakan sejenis alat muzik free reed mouth organ. Sheng mempunyai keunikan dalam menghasilkan bunyi. Menurut Anthony Baines(1992) sheng yang terdapat pada abad ke 18 membangkitkan minat orang Eropah terhadap alat muzik free reed ini semasa dibawa masuk ke Eropah oleh Pere Amiot (1777) dari negara China. Pengaruh sheng yang kuat itu telah menyebabakan  terciptanya instrumen free reed mouth organ barat seperti akordion, harmonika dan dan juga reed organ.

Friday, September 03, 2010

Mukadimah

Pembinaan blog merupakan projek akhir kursus “Multimedia Dalam Pendidikan Muzik”. Melalui pembelajaran multimedia, saya telah didedahkan ilmu mengenai cara mengedit gambar,video dan juga audio dengan menggunakan perisian seperti adobe photoshop, ulead video studio dan cakewalk.

Diharap segala maklumat yang terdapat dalam blog ini dapat memberi faedah kepada mereka yang ingin mengenali alat muzik tradisional Cina-sheng(笙). Selain dari itu perkongsian idea serta komen amat dialu-alukan .