Bila kali pertama ditanya mengenai tajuk bagi pembinaan blog, terus terlintas dalam fikiran adalah sheng iaitu salah satu alat muzik tradisional Cina. Sebelum ini saya pernah menyaksikan satu persembahan orkestra Cina. Sheng bukan merupakan alat muzik yang utama iaitu sebagai pemain solo dalam persembahan tersebut. Namun, di antara pelbagai alat muzik dalam orkestra itu, bunyi yang dihasilkan oleh sheng telah menarik perhatian saya. Oleh itu, apabila disuruh membina blog, sheng merupakan pilihan utama saya.
Saya tertarik dengan ton yang dihasilkan oleh sheng. Sheng bukan saja boleh menghasilkan ton melodi yang merdu, bahkan ia juga dapat dimainkan secara polifoni dan harmoni (lebih daripada tiga not serentak) yang tidak dapat dihasilkan oleh alat tiupan yang lain. Selain dari itu, teknik-teknik peniupan yang agak luar biasa juga memyumbangkan keistimewaan sheng ini.