Welcome

^^Selamat datang ke blog Sheng The Mouth Organ...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.^^

Monday, October 04, 2010

Relevankah Sheng diajar di sekolah?

Orkestra Cina banyak ditubuhkan di sekolah jenis kebangsaan sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum. Persoalannya, relevankah sheng diajar di sekolah? Pada pendapat saya, sheng dan alat muzik tradisional Cina yang lain relevan diajar di sekolah. Melalui pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat   mengenali alat muzik tradisional  serta budaya yang diturunkan.

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, muzik pelbagai budaya harus dipupuk di kalangan  pelajar. Sebagai contoh alat gamelan juga dimainkan oleh kaum Cina  bersama dengan kaum Melayu di Malaysia. Melalui muzik pelbagai budaya, pelajar dapat dididik menghormati, bertoleransi antara satu sama lain. Untuk mencapai integrasi antara kaum demi ke arah Satu Malaysia, sheng harus diajar di semua sekolah supaya budaya muzik tersebut dapat dinikmati oleh semua.  

Pemilihan Tajuk Blog

Bila kali pertama ditanya mengenai tajuk bagi pembinaan blog, terus terlintas dalam fikiran adalah sheng iaitu salah satu alat muzik tradisional Cina. Sebelum ini saya pernah menyaksikan satu persembahan orkestra Cina. Sheng bukan merupakan alat muzik yang utama iaitu sebagai pemain solo dalam persembahan tersebut. Namun, di antara pelbagai alat muzik dalam orkestra itu, bunyi yang dihasilkan oleh sheng telah menarik perhatian saya. Oleh itu, apabila disuruh membina blog, sheng merupakan pilihan utama saya.



Saya tertarik dengan ton yang dihasilkan oleh sheng. Sheng bukan saja boleh menghasilkan ton melodi yang merdu, bahkan ia juga dapat dimainkan secara polifoni dan  harmoni (lebih daripada tiga not serentak) yang tidak dapat dihasilkan oleh alat tiupan yang lain. Selain dari itu, teknik-teknik peniupan yang agak luar biasa juga memyumbangkan keistimewaan sheng ini.